Monday 25 March 2013

Broga Hill II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 10 Mac yang lalu, WEC telah menjalankan 1 aktiviti ke Bukit Broga. Sebelum ni kitorang pernah dah daki Bukit Broga tapi untuk kali ni dengan penambahan beberapa muka-muka baru dalam club PLUS dengan misi keamanan sejagat........................ Eh tak-tak ;). Misi "GO GREEN" sebenarnya. Yang mana misi ni bertujuan untuk dalam menyihatkan tubuh badan, alam semulajadi juga haruslah dipelihara daripada kekotoran. So, sepanjang pendakian kami ni, di sertakan juga la dengan niat untuk mengutip sampah sarap yang ada kat puncak Bukit Broga tu dan juga sewaktu perjalanan kami untuk turun ke bawah. Pendakian kitorang bermula jam 6.45 pagi. Agak lambat sebab solat subuh dulu kat masjid Semenyih. Lepas tu dalam pukul 8 lebih jugak sampai puncak. Rehat-rehat jap lepas tu kitorang pon start la mengutip sampah sarap kat atas puncak tu. Alhamdulillah, ramai hikers yang membantu. Dalam 30minit, penuh juga la 6-7 bag plastik besar

 Kat celah-celah batu besar ni banyak sesangat sampah nya pon..............
 Ni gambar dah sampai bawah sebenarnya. Plastik pon abes bocor daaa. Kena sagat dek batu n tanah masa nak turun

 Usaha sangat-sangat kitorang bawa turun sampah walaupun melalui tempat yang agak cerun. Tolong-menolong memang tak pernah lepas

 Hasil kutipan kami I
 Hasil kutipan kami II
 Hasil kutipan kami III

 Nice one people. Harap-harap ada la inisiatif nak sayangkan alam semulajadi ni lepas ni
 Pakcik ni sangat kagum. Dia pon turut membantu

 Well, hikers...... Good job. Tepk bahu sendiri okay. Terima kasih banyak-banyak buat hikers yang tolong sama-sama kutip sampah sarap kat puncak bukit

 Hasil tangkapan terbesar katanya. Guess what???

 
 



 Kami WEC :)
 Pakcik ni cool sangat. Dia kata, pakcik bagi air free kat adik-adik ni yang bantu mencantikkan negara. Thanx pakcik. Air Sea Master pon jadi sodap bila dah dari pemberian orang yang ikhlas macam pakcik ;)

Seronok bila kita jaga alam persekitaran ni. Dalam badan sihat, kuarkan peluh semua. Tak lupa jugak wat amal kebajikan. Takda siapa untung, Takda siapa rugi. Mata sedap memandang, kita dapat hirup udara yang lebih segar, otak sihat, kita happy. Senang kan. :)

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment