Sunday 14 July 2013

Iftar Jami'e

Salam Ramadhan semua!

Minta maaf atas kelewatan dan ketidakupdate-an blog ini..
*Susun 10 jari*

Untuk program seterusnya, WEC mengalu-alukan penyertaan 
untuk Program Iftar bersama anak-anak yatim dan miskin Sungai Buaya, Banting 
bertempat di Sime Darby Plantation Academy, Pulau Carey, Banting

Majlis Iftar ini menggunakan konsep menyumbang sambil beramal
1+1 iaitu seorang sukarelawan+anak yatim dimana
seorang sukarelawan akan menaja seorang anak yatim. 
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 80 = (RM40+RM40)

Bagi yang bekeluarga pula, perlu menaja seorang sahaja anak yatim dan miskin.
Yang bermaksud, suami (RM40) + isteri (RM40) + anak yatim (RM40) = RM120..


Sedikit maklumat berkenaan program:
Tarikh: 27/07/13 bersamaan 18 Ramadhan 1434h
Hari: Sabtu
Masa: 5ptg hingga 10mlm
Lokasi: Sime Darby Academy, Pulau Carey, banting

Sime Darby Academy , Pulau Carey

Kepada yang berminat untuk menyertai sila sahkan penyertaan anda sebelum atau pada 19 Julai ini.

Congrats WEC!


Salam semua. 

WEC kini telah pun didaftarkan di bawah 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada tarikh 28/06/13, 
dan WEC telah pun menjadi satu pertubuhan secara rasminya. 


Tahniah & terima kasih kepada semua management team yg membantu 
secara langsung ataupun tidak dan terutamanya kepada S/U WEC. 

Tidak lupa juga kepada WECrew's yg turut memberi sokongan 
moral kepada management team di WEC.
Utk pengetahuan semua juga, selepas ni WEC akan dikenali sebagai 1 pertubuhan.

Maka nya, selepas ni, WECrew akan berhempas pulas untuk mempersiapkan 
mental dan fizikal untuk menyediakan aktiviti2 yang menarik untuk
semua ahli.

 

Friday 31 May 2013

Bakau Update!

Hai guys!

Update utk program terbaru WEC. 



Program: WECherish (tanam pokok bakau)
Tarikh: 8-9 June (bertolak 7hb mlm)
Tempat: Kpg Dew, Taiping, Perak
Penginapan: Disediakan
Makan/minum: Disediakan (hanya Pada 9hb shj - mkn pg&tghari)
Pengangkutan: Disediakan (bergantung kpd jumlah penyertaan)
Misi: menanam 100 pokok bakau



Antara aktiviti; menanam pokok bersama org kampung, 
launching by VVIP, naik bot utk ke tempat penanaman. 


Dapatkan info selanjutnya di sini

Wednesday 29 May 2013

WECherish : Tanam pokok bakau yok!

Hai guys!!

Pada 8-9 June ni WEC akan mengadakan aktiviti WECherish iaitu
Penanaman Pokok Bakau yang bertempat di Taiping, Perak.


Ihsan gambar BorneoPost

Penginapan disediakan ya!
Makan minum, pengangkutan dan jugak lain2 kos akan dimaklumkan kemudian.

Come on guys!
Ajak member2 lain memeriahkan majlis ya!

Sunday 26 May 2013

WIld Extreme Club

Hai guys!!

Pada hari Ahad yang lepas (26 Mei 2013)
telah berlangsungnya Hari Belia di mana WEC melakukan promosi dengan
pendaftaran ahli baru, aktiviti menarik dan pelbagai lagi untuk 
menarik ahli baru dan mempromosi kelab dengan lebih meluas lagi..

Yeah!!
Selamat datang ke WEC kepada ahli baru ya!
Hope you all enjoy..

Btw, di sini WEC ingin menerangkan lagi apa ada dengan WEC sebenarnya..

WEC adalah kelab atau pertubuhan yang ditubuhkan untuk
para belia di luar sana, untuk mengisi waktu hujung minggu
yang tersia atau dalam erti kata yang sebenar,
kalau hujung minggu takde ape2 nak buat, boring2, boleh join kami untuk
aktiviti2 yang menarik..

WEC ni terbahagi kepasa 3 teras utama iaitu:

WECare-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan
WECherish-lebih kepada kebersihan alam sekitar. Save the environment la kata orang putih tu
WEChallenge-aktiviti sukan lasak

Nak tengok gambar aktiviti untuk gambaran yang lebih jelas boleh klik sini..


So, setiap bulan WEC akan mengadakan aktiviti2 yang sangat seronok dan mengujakan..

Feel free to join us guys!!
Tak perlu malu2..
WEC semua sporting belaka...

Enjoy!!


Perjalanan Hari Belia 2013

Hi guys!!

Berakhir sudah Hari Belia yang berlangsung pada 23-26 Mei 2013
Di mana WEC dan Hari Tanpa Lapar (klik link)
telah buka booth untuk menarik ahli baru
dan juga kami telah mengadakan beberapa aktiviti menarik
seperti: 

Pendaftaran ahli baru
Sembang Santai antara WEC dan Hari Tanpa Lapar
Freeze mob
Abseiling oleh jejaka kacak WEC dan Hari Tanpa Lapar
Riding superbike oleh gadis2 WEC
Pembahagian Voucher Jusco dan Tiket The Lost World of Tambun kepada pengunjung bertuah

Saksikan gambar2 menarik pada hari kejadian...


WEC Promotion Board


Bravo Abang Man


Penerangan...

Promote button WEC
 
"Comelnya akmal!", kata alul kepada yang lain

 
Mendarat dengan selamat

Temubual..

Merempit bersama Bikerz Nakar Group

Sembang santai
Preparation sebelum Freeze Mob

      Video gadis2 superbike  ^__^ V
Vroommm......

Syabas kepada WEC kerana bertungkus lumus untuk hari kejadian...

Kepada ahli baru WEC..

Kami mengucapkan Selamat Datang ke WEC dan semoga enjoy!!!

Next event kita beramah mesra lagi ye!!

Saturday 25 May 2013

Excited day!!

Morning guys!!

Today is 26th of May 2013

Hari apa eh?
HARI BELIA 2013!!!!!

Hari yang dinanti telah tiba!
Mari beramai2 ke Hari Belia @ Putrajaya..

Bagi yang tak familiar dengan jalan ke sana, di bawah kami ada attach maps untuk kesana




Ataupun nak senang, bila dah sampai ke bulatan besar tu, masuk ke jalan Masjid
and then dari situ mesti akan nampak Festival Hari Belia yang
dijalankan..
And then, just find our booth in front of Ministry of Finance..
Senang kan..
Tapi kalau tak jumpa jugak, anda boleh hubungi nombor yang tertera...

0145088123 / 0136158798

Jangan malu, jangan segan, buat mcam rumah sendiri.. 

Jumpa di sanaaaaaaaaa.........